Tuesday, October 7, 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… ^^


Ahlan wasahlan ke Blog Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (EDU3053) dari kami Warga BM 1 (SK) Ambilan Januari 2013

Gambar 1 : 30 orang guru pelatih Opsyen Bahasa Melayu 1 (SK) Ambilan Januari 2013 (alhamdulillah, kami bakal pendakwah ilmu)
Bunga melur dalam jambangan,
Di tepi kolam menjadi hiasan.
Kucipta pantun buat renungan,
Semarak TDP empunya wawasan.

Mekar sejambak bunga gubahan,
Jatuh sekuntum di atas peti,
Membaca itu suruhan Tuhan,
Al-alaq diturun menjadi bukti.

Cerana kesumba indah melati,
Cantik tersemat dambaan puteri,
Ilmu ditimba sepenuh hati,
Kekuatan umat minda bestari.

Harum sungguh bunga kemboja,
Bunga karangan cantik tersemat,
Janganlah membaca tajuk sahaja,
Telitilah kandungan sehingga tamat.

Cantik sungguh si bunga kejora,
Buat hiasan di hari raya,
Marilah sahut seruan negara,
Bangsa membaca bangsa berjaya. 

No comments:

Post a Comment